Akaun llegasihartanah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Ebook LPPSA

Musykil atau tidak tahu tentang LPPSA?

 

Jom saya bantu anda dengan soalan yang sering ditanya oleh penjawat awam, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda untuk memiliki kediaman impian????????????


Berikut adalah soalan yang selalu ditanya berkenaan LPPSA
 

1. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah kedai

Permohonan pembiayaan untuk membeli rumah kedai dibenarkan dengan syarat rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

 

2. Adakah LPPSA membenarkan penilaian semula dibuat ke atas hartanah setelah pemohon menjawab Surat Setuju Terima?

Tidak

 

3. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?

Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.

 

4. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian?

Permohonan pembiayaan (individu) untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian dibenarkan. Bagi permohonan pembiayaan bersama, syarat keluasan tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965/ Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68)/ Kanun Tanah Sarawak 1958 dan syarat/ peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.

 

5. Berapa lamakah proses kelulusan bagi membeli harta daripada penjual yang masih berhutang dengan LPPSA (Pembelian secara Kontra)?

Tempoh kelulusan adalah 3 hari bekerja.

 

6. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan secara individu bagi membeli hartanah yang mempunyai dua nama dalam perjanjian jual beli?

Boleh

 

7. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dalam pembinaan serta memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan?

Permohonan pembiayaan bagi membeli rumah kos rendah dibenarkan kepada pemohon daripada Kumpulan Sokongan II dengan syarat Perjanjian Jual Beli rumah kos rendah dan Perjanjian Kontrak untuk kerja tambahan dikemukakan serentak bersama dengan Borang Permohonan Pembiayaan. Permohonan kerja tambahan perlu dibuat serentak dengan pembinaan rumah dan amaun pembiayaan untuk kerja tambahan yang dibenarkan tidak melebihi RM20,000.

 

8. Adakah LPPSA membenarkan permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik pembiayaan?

Tidak boleh


DAPATKAN SEGERA DENGAN HARGA 

RM 39.90